Selamat menduduki SPM

# Bersama MENCIPTA KECEMERLANGAN

Merupakan saluran maklumat sekolah untuk waris-waris murid SMK Permatang Rawa (Boleh klik atau imbas kod QR di atas untuk sertai)

DARI TINTA PENGETUA


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata di dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah Sesi 2020 ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan Sekolah Sesi 2020. Buku Panduan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. Saya mengharapkan pada tahun 2020 semua warga sekolah akan dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan sebagai satu pasukan serta mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan komitmen yang tinggi dalam apa jua tugasan yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan akan dapat dikecapi. Sehubungan itu, tag line sekolah tahun ini adalah # Bersama Mencipta Kecemerlangan.

Sebagai mana yang kita sedia maklum, tahun 2020 berakhiirnya gelombang kedua pelaksanaan transformasi pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, petunjuk keberhasilan utama negara (NKRA) dan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di peringkat sekolah. Selaras dengan tag line sekolah tahun ini # Bersama Mencipta Kecemerlangan, saya juga berharap agar semua guru dan kakitangan pelaksana akan memastikan tiga gelombang, lima aspirasi sistem, enam aspirasi murid, dan 11 anjakan dijadikan agenda yang berterusan untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Amalan bekerja berteraskan MMI ( Melindungi Masa Intruksional ) diyakini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan harapan KPI sekolah dan KPI Kementerian Pendidikan Malaysia bergerak seiring dalam menuju sasaran yang ditetapkan. Selain daripada itu kita juga hendaklah komited melaksanakan dasar-dasar KPM seperti MBMMBI, 1M1S, dan PBS. Keberhasilan pelajar perlu diterjemahkan melalui anjakan paradigma sekolah abad 21. Para guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran bilik darjah abad 21 dengan kepelbagaian aktiviti serta menyediakan pelajar dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau HOTS ( Higher Order Thinking Skills) ) untuk menghadapi peperiksaan awam dan pentaksiran global iaitu TIMMS dan PISA. Sebagai penjana transformasi pendidikan, kita seharusnya sentiasa peka dan sedar bahawa cabaran dalam dunia pendidikan kini kian berganda. Bagi mencapai hasrat tersebut SMKPR berusaha melahirkan 'super character’ dalam kalangan guru dan pelajar yang memiliki cara gaya berfikir ' think the unthinkable’ atau ‘reason the unreasonable' Justeru itu, nilai-nilai murni perlu menjadi amalan harian dalam kehidupan seharian seperti saling menghormati, saling mempercayai antara satu sama lain, menjalin kerjasama yang erat, ikhlas dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan

Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin sekolah ini mencapai prestasi yang membanggakan dan akan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Bertugas.

BAHARUDDIN BIN HASHIM

Pengetua

====================================================================================

KEY RESULT AREA ( KRA ) 2020 - 2022

KEY RESULT AREA ( KRA ) 1

MENCEMERLANGKAN AKADEMIK

KEY RESULT AREA ( KRA ) 2

MENCEMERLANGKAN KEPIMPINAN DAN KUALITI GURU

KEY RESULT AREA ( KRA ) 3

MENCEMERLANGKAN SAHSIAH, DISIPLIN DAN KEHADIRAN MURID

KEY RESULT AREA ( KRA ) 4

MENCEMERLANGKAN PENGLIBATAN MURID DALAM SUKAN DAN KOKURIKULUM

KEY RESULT AREA ( KRA ) 5

MENCEMERLANGKAN PENGURUSAN ORGANISASI

KEY RESULT AREA ( KRA ) 6

MENCEMERLANGKAN PEMBANGUNAN DAN FIZIKAL

KEY RESULT AREA ( KRA ) 7

PERLUASAN ICT


====================================================================================

TAKWIM